Pada 13 Oktober 2025 (Isnin), telah berlangsung Kempen Internet Selamat (KIS) di SJK (C) Sacred Heart Chinese, Sibu. Program ini dilaksanakan oleh NADI Teku bersama MCMC Cawangan Sibu dan NADI Pelawan.
🎯 Objektif KIS (Sekolah Rendah):
✔ Menyedarkan murid bahawa bawah umur 13 tahun tidak dibenarkan memiliki akaun media sosial
✔ Membimbing murid menggunakan internet secara selamat dan terkawal
✔ Membentuk sikap berhemah serta berhati-hati dalam penggunaan peranti digital
🙏🏻 Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbiran dan warga guru SJK (C) Sacred Heart Chinese, Sibu atas kerjasama serta sokongan dalam menjayakan program ini.
🌐 Semoga murid menjadi generasi digital yang berdisiplin, bijak dan selamat di alam maya.
#KempenInternetSelamat #KIS2025 #NADITeku #MCMCSibu #nadimalaysia #BijakSiber #CelikDigital #InternetSelamat #ppdsibu



















