NADI Teku

Pada 3 Oktober 2025 (Jumaat), 9:00 pagi – 10:00 pagi, telah berlangsung Kempen Internet Selamat (KIS) di SMK Durin dengan penglibatan seramai 56 orang murid sekolah menengah (13–17 tahun).

📘 Sesi menggunakan Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) – Modul Murid Sekolah Menengah, yang memberi fokus kepada:

🔹 Kefahaman mendalam tentang keselamatan internet

🔹 Etika berkomunikasi di media sosial

🔹 Pencegahan buli siber & penyalahgunaan teknologi

🔹 Kepentingan keseimbangan penggunaan peranti digital dalam kehidupan seharian

✨ Ikon KDAT Sekolah

✨ Ikon Guru: Cikgu Jenang Anak Sudin

✨ Ikon Murid: Adik Sherrylin Lemau Anak Suziana Mintie

Program ini dilaksanakan bersama NADI Teku, NADI Salim & NADI Pelawan.

🎯 Objektif KIS (Sekolah Menengah):

✔ Memberi kesedaran tentang risiko serta ancaman dunia siber

✔ Membimbing pelajar menggunakan media sosial secara bertanggungjawab & beretika

✔ Menggalakkan pembentukan sikap positif, disiplin & berhemah dalam penggunaan teknologi

🙏🏻 Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pentadbiran serta warga guru SMK Durin atas kesudian menerima kunjungan dan sokongan padu dalam menjayakan program ini. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai demi manfaat murid-murid dalam membentuk generasi digital yang selamat, berdisiplin dan bertanggungjawab.

🌐 Diharapkan para pelajar menjadi generasi digital yang matang, berhemah & berdaya saing di alam maya.

#KempenInternetSelamat#KIS2025#NADITeku#NADISalim#NADIPelawan#SMKDurin#BijakSiber#CelikDigital#InternetSelamat