NADI Teku

Pada 3 Oktober 2025 (Jumaat), 10:30 pagi – 11:30 pagi, telah berlangsung Kempen Internet Selamat (KIS) di SJK (C) Tung Kiew dengan penyertaan 30 murid sekolah rendah.

📘 Sesi ini menggunakan Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) – Modul Murid Sekolah Rendah (10–12 tahun) yang menekankan:

🔹 Pendedahan awal keselamatan internet

🔹 Etika asas penggunaan teknologi digital

🔹 Kepentingan menjadi pengguna bijak di alam siber

✨ Ikon KDAT Sekolah

✨ Ikon Guru: Cikgu Willian Ngu

✨ Ikon Murid: Adik Meling Ngu Kie Zu

Program ini dilaksanakan bersama NADI Teku, NADI Salim & NADI Pelawan.

🎯 Objektif KIS (Sekolah Rendah):

✔ Menyedarkan murid bahawa bawah umur 13 tahun tidak dibenarkan memiliki akaun media sosial

✔ Membimbing murid menggunakan internet secara selamat dan terkawal

✔ Membentuk sikap berhemah serta berhati-hati dalam penggunaan peranti digital

🙏🏻 Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbiran dan warga guru SJK (C) Tung Kiew atas kerjasama serta sokongan dalam menjayakan program ini.

🌐 Semoga murid menjadi generasi digital yang berdisiplin, bijak dan selamat di alam maya.

#KempenInternetSelamat#KIS2025#NADITeku#NADISalim#NADIPelawan#SJKTungKiew#BijakSiber#CelikDigital#InternetSelamat