NADI Teku

📢 KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) 2025

Pada 21 Oktober 2025 (Selasa), telah berlangsung Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Ulu Durin Kiba, Sibu. Program ini dilaksanakan oleh NADI Teku bersama NADI Pelawan dan NADI Salim.

🎯 Objektif KIS (Sekolah Rendah):

✔ Menyedarkan murid bahawa bawah umur 13 tahun tidak dibenarkan memiliki akaun media sosial

✔ Membimbing murid menggunakan internet secara selamat dan terkawal

✔ Membentuk sikap berhemah serta berhati-hati dalam penggunaan peranti digital

🙏🏻 Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbiran dan warga guru SK Ulu Durin Kiba, Sibu atas kerjasama serta sokongan dalam menjayakan program ini.

🌐 Semoga murid menjadi generasi digital yang berdisiplin, bijak dan selamat di alam maya.

#KempenInternetSelamat#KIS2025#NADITeku#nadisibu#nadimalaysia#BijakSiber#CelikDigital#InternetSelamat#ppdsibu