Pada 3 Oktober 2025 (Jumaat), 9:00 pagi – 10:00 pagi, telah berlangsung Kempen Internet Selamat (KIS) di SMK Durin dengan penglibatan seramai 56 orang murid sekolah menengah (13–17 tahun).
Sesi menggunakan Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) – Modul Murid Sekolah Menengah, yang memberi fokus kepada:
Kefahaman mendalam tentang keselamatan internet
Etika berkomunikasi di media sosial
Pencegahan buli siber & penyalahgunaan teknologi
Kepentingan keseimbangan penggunaan peranti digital dalam kehidupan seharian
Ikon KDAT Sekolah
Ikon Guru: Cikgu Jenang Anak Sudin
Ikon Murid: Adik Sherrylin Lemau Anak Suziana Mintie
Program ini dilaksanakan bersama NADI Teku, NADI Salim & NADI Pelawan.
Objektif KIS (Sekolah Menengah):
Memberi kesedaran tentang risiko serta ancaman dunia siber
Membimbing pelajar menggunakan media sosial secara bertanggungjawab & beretika
Menggalakkan pembentukan sikap positif, disiplin & berhemah dalam penggunaan teknologi
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pentadbiran serta warga guru SMK Durin atas kesudian menerima kunjungan dan sokongan padu dalam menjayakan program ini. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai demi manfaat murid-murid dalam membentuk generasi digital yang selamat, berdisiplin dan bertanggungjawab.
Diharapkan para pelajar menjadi generasi digital yang matang, berhemah & berdaya saing di alam maya.
#KempenInternetSelamat#KIS2025#NADITeku#NADISalim#NADIPelawan#SMKDurin#BijakSiber#CelikDigital#InternetSelamat















