Pada 7 Oktober 2025 (Selasa), telah berlangsung Kempen Internet Selamat (KIS) di SJK (C) Nang Sang, Sibu. Program ini dilaksanakan oleh NADI Teku bersama MCMC Cawangan Sibu.
Objektif KIS (Sekolah Rendah):
Menyedarkan murid bahawa bawah umur 13 tahun tidak dibenarkan memiliki akaun media sosial
Membimbing murid menggunakan internet secara selamat dan terkawal
Membentuk sikap berhemah serta berhati-hati dalam penggunaan peranti digital
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbiran dan warga guru SJK (C) Nang Sang atas kerjasama serta sokongan dalam menjayakan program ini.
Semoga murid menjadi generasi digital yang berdisiplin, bijak dan selamat di alam maya.
#KempenInternetSelamat#KIS2025#NADITeku#nadisibu#nadimalaysia#BijakSiber#CelikDigital#InternetSelamat



















