NADI Teku

📢 KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) 2025

Pada 17 Oktober 2025 (Jumaat) 09:00 Pagi – 10:00 Pagi, telah berlangsung Kempen Internet Selamat (KIS) di SJK (C) Sam Lam, Sibu. Program ini dilaksanakan oleh NADI Pelawan bersama NADI Teku.

🎯 Objektif KIS (Sekolah Rendah):

✔ Menyedarkan murid bahawa bawah umur 13 tahun tidak dibenarkan memiliki akaun media sosial

✔ Membimbing murid menggunakan internet secara selamat dan terkawal

✔ Membentuk sikap berhemah serta berhati-hati dalam penggunaan peranti digital

🙏🏻 Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbiran dan warga guru SJK (C) Sam Lam, Sibu atas kerjasama serta sokongan dalam menjayakan program ini.

🌐 Semoga murid menjadi generasi digital yang berdisiplin, bijak dan selamat di alam maya.

#KempenInternetSelamat #KIS2025 #NADITeku #nadisibu #nadimalaysia #BijakSiber #CelikDigital #InternetSelamat #ppdsibu