KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) 2025
Pada 17 Oktober 2025 (Jumaat) 10:30 Pagi – 11:30 Pagi, telah berlangsung Kempen Internet Selamat (KIS) di SJK (C) Chung Ung, Sibu. Program ini dilaksanakan oleh NADI Pelawan bersama NADI Teku.
Objektif KIS (Sekolah Rendah):
Menyedarkan murid bahawa bawah umur 13 tahun tidak dibenarkan memiliki akaun media sosial
Membimbing murid menggunakan internet secara selamat dan terkawal
Membentuk sikap berhemah serta berhati-hati dalam penggunaan peranti digital
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbiran dan warga guru SJK (C) Chung Ung, Sibu atas kerjasama serta sokongan dalam menjayakan program ini.
Semoga murid menjadi generasi digital yang berdisiplin, bijak dan selamat di alam maya.
#KempenInternetSelamat#KIS2025#NADITeku#nadisibu#nadimalaysia#BijakSiber#CelikDigital#InternetSelamat#ppdsibu
















