Pada 19 April 2025 minggu pertama, pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) NADI Teku telah mengikuti sesi kelas kesedaran sebagai persediaan sebelum memulakan pertandingan. Antara modul yang telah diikuti termasuklah “Modul Literasi Digital & Masa Depan Komuniti” serta “Mental Kuat, Rank Naik”, yang bertujuan memperkukuh pengetahuan digital serta ketahanan mental dalam kalangan peserta. Selain itu, mereka turut menonton Podcast Episod 11: Mentaliti Juara, yang memberikan inspirasi dan motivasi untuk membentuk minda pemenang dalam arena e-sukan.
