Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM). Projek ini dijalankan di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan fokus kepada penyediaan perkhidmatan ICT kepada komuniti setempat, terutamanya di kawasan luar bandar.
NADI Teku telah beroperasi sepenuhnya bagi menyediakan akses kepada teknologi digital, latihan ICT, dan maklumat berguna bagi masyarakat.